Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Argentina Terpaksa Menukar Pemain Ganti Di Saat Akhir Menjelang Piala Dunia 2018

  • Published in Sukan
Foto - BERNAMA

11 JUN: ARGENTINA - Menjelang Piala Dunia 2018, Argentina yang berdepan dengan salah seorang pemainnya yang cedera ketika sesi latihan, terpaksa menukar pengganti di saat akhir.

Enzo Perez pemain tempatan yang berbisa bagi liga Argentina tiba di Pusat Latihan  Bronnitsy  di Moscow bagi menggantikan rakan sepasukan yang juga  bintang West Ham United Manuel Lanzini.

Manuel Lanzini dilaporkan mengalami kecederaan dilutut semasa berlatih pada Jumaat lalu.

Berikutan itu, Argentina yang turut disertai bintang bola sepak Lionel Messi terpaksa memanggil Enzo Perez untuk memastikan saingan pasukan tersebut di kumpulan D bersama Iceland, Croatia dan Nigeria membuahkan hasil.

((RTM TV))