Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Pemain T-TEAM Balas Kepercayaan Jurulatih Dengan Hadiahkan Gol

KUALA TERENGGANU - Penyerang gantian pasukan T-Team, Muhammad Fauzi Abd Kadir bersyukur dapat membalas kepercayaan dan peluang yang diberikan jurulatih Rahmad Darmawan dengan menghadiahkan gol kemenangan ketika menewaskan Selangor malam tadi.

Gol tunggal pasukan The Titans itu hadir pada minit ke-88 selepas Muhammad Fauzi, 25, dimasukkan bagi menggantikan pemain import, Farhod Tadjiyev pada minit ke-58.

Muhammad Fauzi berkata menjinakkan pasukan Selangor bukanlah suatu yang mudah namun dengan tekad dan disiplin yang tinggi, beliau akhirnya berjaya mengatasinya.

Beliau berkata kepada pemberita, di sini,

Menurutnya sebelum dimasukkan, Rahmad ada berpesan kepadanya supaya bermain dengan tenang dan menggunakan peluang sebaik mungkin.

Sementara itu, Rahmad berkata formasi dan taktikal yang dilakukan membuahkan hasil dan pasukan T-Team ternyata bernasib baik dapat memastikan kemenangan pada minit-minit terakhir.

Beliau turut meluahkan kebimbangan dengan prestasi Farhod Tadjiyev dan Dilshod Sherofetdinov yang kurang berkesan. 

Katanya kedua-dua pemain itu hanya mengikuti latihan beberapa hari sebelum perlawanan selepas pulang dari Uzbekistan untuk memperbaharui visa mereka.

((BERNAMA))