Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Maradona kemudi Gimnasia de La Plata

  • Published in Sukan
Foto AFP

LA PLATA - Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona kembali semula ke padang bola sepak, untuk mengemudi pasukan Divisyen Premier Argentina, Gimnasia.

Pengendali berusia 58 tahun ini disambut kira-kira 24,000 peminat di La Plata, Buenos Aires, pengkalan pasukan barunya.

Gimnasia kini berkedudukan terakhir dari 24 pasukan divisyen utama liga Argentina selepas hanya mengutip 1 mata dari 5 perlawanan.

Bekas pengendali Argentina itu sebelum ini meletak jawatan sebagai pengendali pasukan divisyen 2 kelab Mexico, Dorados de Sinaloa pada bulan jun, akibat masalah kesihatan hanya selepas 9 bulan mengambil tugas.

Beliau juga pernah mengemudi kelab UAE, Fujairah.

Bekas penyerang lagenda ini terkenal apabila mengetuai pasukannya untuk menjuarai Piala Dunia 1986 di Mexico.