Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Jurulatih Sarawak Pertimbang Ambil Pemain Import Baharu

KUCHING - Prestasi kurang memberangsangkan dalam pusingan pertama saingan Liga Super memungkinkan Sarawak mengambil pemain import baharu bagi menggantikan pemain yang kurang menyerlah prestasinya.

Ketua jurulatih Sarawak David Usop ketika ditanya mengenai perkara ini berkata ia antara cadangan yang terkandung dalam laporan prestasi pasukan dan pemain, yang akan diserahkannya kepada pengurusan pasukan minggu ini.

David yang kelihatan kecewa dengan prestasi pasukannya yang sukar untuk mencipta kemenangan, khususnya di gelanggang sendiri mengesahkan perkara itu kepada pemberita selepas pasukannya seri tanpa jaringan dengan pasukan Kelantan di Stadium Negeri di sini malam tadi.

Katanya, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mempunyai panel jurulatih yang akan membuat penilaiannya sendiri untuk dimajukan kepada FAS untuk membuat sebarang keputusan. 

Sarawak kini menggunakan khidmat empat pemain import asing.

Begitulah reaksi awal beliau setelah kecewa melihat pasukannya seri tanpa jaringan ketika menentang pasukan Kelantan.

((BERNAMA))