Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Lima pemain bola sepak Cuba tinggalkan pasukan selepas kalah dengan Kanada

  • Published in Sukan

CUBA - Lima pemain bola sepak Cuba berpaling tadah selepas pasukan itu tewas 0-6 kepada Kanada dalam Liga Negara CONCACAF.

Mereka ialah Yordan Santa Cruz, Andy Baquero, David Urgelles, Orlendiz Benitez dan Alejandro Portal.

Stesen televisyen Cuba melaporkan, tindakan mereka meninggalkan skuad, amat dikesali.

Santa Cruz disifatkan sebagai antara pemain terbaik dalam arena bola sepak Cuba.

Baquero pula, mewakili Cuba dalam kejohanan Piala Dunia Bawah 20-tahun pada 2013.