Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Barca Dahulu Tiga Mata Mengatasi Real

MADRID - Lionel Messi menyumbat dua gol buat Barcelona ketika membelasah Osasuna, 7-1 dalam aksi La Liga, Sepanyol.

Kemenangan itu memberi kelebihan kepada Barca selaku pendahulu untuk mengatasi pasukan di tangga kedua, Real Madrid dengan kelebihan tiga mata. 

Real Madrid juga menang besar, 6-2 ke atas Deportivo la Coruna.

Sebelum ini, Barca dan Real berkongsi 78-mata. 

Namun, Real mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding Barca. 

Keputusan lain termasuk Leganes mengalahkan Las Palmas , 3-0.  Manakala Valencia tumpas 2-3 kepada Real Sociedad . 

((AFP))