Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Road To SUKMA 2020, Johor giat lakukan promosi jelajah negeri

  • Published in Sukan

JOHOR, 16 Feb - Johor melancarkan Skuad Promosi `Road To SUKMA’ sebagai usaha menyemarakkan semangat menjelang temasya dwitahunan itu, Julai nanti.

Ia dijangka dapat memberi impak positif dalam mempromosi SUKMA 2020 di seluruh negara.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, skuad berkenaan menjelajah ke beberapa negeri antaranya Selangor, Kedah, Melaka dan Pahang.

Promosi dijayakan dengan kerjasama beberapa pihak seperti Al-Ikhsan, Exe Media and Event serta Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Beliau menyatakannya selepas merasmikan Pelancaran Cenderamata Rasmi SUKMA 2020 di Johor Bahru.

Selaku tuan rumah, kerajaan negeri akan mengadaptasi konsep kemajuan teknologi dan pembangunan digital pada kemudahan yang disediakan.

SUKMA 2020 menyaksikan 434 pingat dipertaruhkan melibatkan 31 jenis sukan, di 39 venue di Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi.