Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Olimpik Tokyo 2020, skuad hoki bakal bertemu juara tiga kali, Great Britain

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR -  Olimpik Tokyo 2020, Malaysian Tigers bakal bertemu juara tiga kali, Great Britain pada perlawanan kelayakan yang akan akan berlangsung pada awal November ini.

Undian itu disiarkan secara langsung oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dari Lausanne, Switzerland menerusi laman Facebook rasminya.

Siaran langsung itu turut ditonton oleh media bersama Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Cabutan undi dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FIH, Thierry Weil.

Malaysia yang berada di ranking ke-11 dunia, diletakkan pada balang 3 bersama Korea Selatan, Ireland dan Perancis, sementara Great Britain dalam balang 2 bersama Sepanyol, Kanada dan New Zealand.

Meski Great Britain dianggap pencabar terhebat buat Malaysia, MHC tetap optimis dengan potensi para pemain yang akan mengadakan 4 perlawanan persahabatan di Korea Selatan pada pertengahan September ini.

Bagi Ketua Jurulatih, Roelant Oltmans pula, tempoh tujuh minggu sebelum perlawanan kelayakan itu, akan digunakan sebaiknya untuk mempersiapkan anak-anak buahnya.

Oltmans yakin pasukannya mampu mempamerkan corak persembahan di luar jangkaan memandangkan prestasi cemerlang, England tiga sama pada Siri Jelajah Eropah, Ogos lalu