Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Anugerah Sukan Negara 2016, Milik Abdul Latif Dan Siti Rahmah

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya Anugerah Olahragawan Kebangsaan diungguli atlet Paralimpik, Abdul Latif Romly daripada sukan olahraga.

Manakala Siti Rahmah Mohd Nasir dari Sukan Silat, dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan.

 Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Abdul Latif dan Siti Rahmah.

Pemilihan Abdul Latif Romly berdasarkan pencapaian cemerlangnya dengan memecah rekod dunia sebanyak 3 kali di Temasya Sukan Paralimpik Rio tahun lalu menerusi acara lompat jauh T20.

Sekaligus menggapai pingat emas bagi acara tersebut.

Kategori Olahragawati turut berlangsung sengit.

Kejayaan menjuarai kejohanan silat dunia di Bali Indonesia akhir tahun lalu acara Putri E, dan tiga kejohanan antarabangsa dengan pingat emas memberi tuah buat Siti Rahmah Mohamed Nasir.

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan diberikan kepada pemenang gangsa Paralimpik Rio acara lompat jauh T20 Siti Noor Radiah Ismail.

Sumber - BERITA RTM