Friday, December 13, 2019
updated 2:05 PM UTC, Dec 13, 2019

Sukan : Pemain perlu tenang berdepan UAE

  • Published in Sukan

 

KUALA LUMPUR - Menjelang aksi perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu, UAE, dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, ESOK di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Penyerang skuad Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh atau "KELI BOY" menyifatkan kehadiran ribuan penyokong mampu menaikkan semangat skuad untuk menghadirkan impak positif.

Pemain kelahiran Gambia itu turut menyatakan jika beliau dapat menyumbang gol dalam aksi ini ia akan menjadi hadiah hari kelahiran bermakna baginya yang bakal menyambut tahun kelahiran ke-25 pada 20 September ini.

Bertemu UAE menjadi salah satu halangan besar Harimau Malaya dalam kumpulan G.

Untuk rekod Malaysia dan UAE sudah 12 kali bertemu dan statistik menunjukkan Malaysia hanya menang dua kali dan seri sekali sementara UAE menang sebanyak sembilan kali.

Skuad negara pernah dibelasah UAE 0-10 pada 2015 ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2018, namun kali ini pastinya dengan skuad dan semangat berbeza keputusan positif mampu dicapai.

Khas buat peminat, saksikan perlawanan Malaysia menentang UAE siaran secara langsung di saluran TV2 pukul 8.30 malam.