Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Skuad Promosi `Road To SUKMA’, semarak semangat temasya dwi tahunan

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU, 15 Feb - Johor melancarkan Skuad Promosi `Road To SUKMA’ sebagai usaha menyemarak semangat menjelang temasya dwi tahunan itu pada Julai nanti.

Ia dijangka dapat memberi impak yang positif dan berkesan dalam mempromosi SUKMA 2020 di seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, Skuad Promosi tersebut akan menjelajah ke beberapa negeri antaranya Selangor, Kedah, Melaka dan Pahang.

Ia dijayakan dengan kerjasama beberapa pihak seperti Al-Ikhsan, Exe Media and Event serta Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Cenderamata Rasmi SUKMA 2020 di Johor Bahru.

Menurutnya, kerajaan negeri akan berusaha memastikan penganjuran SUKMA edisi kali ini adalah yang terbaik dari segenap aspek.

Ini termasuk mengadaptasi konsep kemajuan teknologi dan pembangunan digital kepada kemudahan serta infrastruktur sukan yang terlibat dalam temasya tersebut.

Sebanyak 434 pingat menerusi 31 jenis sukan akan menjadi rebutan atlet yang bertanding pada edisi SUKMA kali ini.

Tiga daerah terlibat iaitu Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi membabitkan 39 buah lokasi pertandingan.