Friday, July 3, 2020

updated 2:24 PM UTC, Jul 3, 2020

Isu perkahwinan bawah umur, semua pihak harus main peranan

  • Published in Nasional

SUBANG, 15 FEB - Semua pihak diminta bersama-sama meningkatkan kesedaran, mengubah persepsi dan stigma yang sering dikaitkan dengan isu perkahwinan bawah umur.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KPWKM, Hannah Yeoh berkata, ia penting supaya isu berkenaan tidak berlarutan sekali gus memberi kehidupan dan masa depan lebih baik kanak-kanak di negara ini.

Hannah juga mahu ibu bapa meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak bagi mendidik mereka tentang isu perkahwinan bawah umur.

Pada 16 Januari lalu, KPWKM telah melancarkan Pelan Strategi Kebangsaan 2020-2025, mengandungi 7 objektif, 17 strategi dan 58 program bagi menangani punca perkahwinan bawah umur.

Hannah mengulas perkara itu pada program "Make A Difference-Youth Summit 2020" di Subang, Selangor.