Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Johan Le Bon menang Perlumbaan Khas Klasik Malaysia Antarabangsa

  • Published in Sukan

LANGKAWI, 15 Feb - Bekas juara dunia remaja acara lebuhraya, Johan Le Bon dari pasukan B7B Hotels Vitals Concept memenangi perlumbaan khas Perlumbaan Malaysia Klasik Antarabangsa yang diadakan bersempena Jubli Perak penganjuran PETRONAS Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020.

Tempat kedua diraih Jesse Ewart dari Pasukan Sapura Cycling (TSC) manakala pelumba Nippo Delko One Provence, Lucas De Rossi, ketiga.

Ia melibatkan laluan sejauh 159 kilometer mengelilingi Pulau Langkawi.

Pelumba terbaik negara adalah pelumba TSC, Muhammad Zawawi Azman dan Raja Bukit LTdL, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff di kedudukan ke-15 dan 16.

Perlumbaan itu membabitkan laluan sejauh 159 kilometer mengelilingi Pulau Langkawi.

Perlumbaan yang julung kali dianjurkan susulan 25 tahun LTdL menyaksikan penglibatan seramai 120 peserta dari 21 buah negara.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencetuskan idea perlumbaan khas tersebut menyempurnakan pelepasan pelumba kira-kira 11.25 minit pagi tadi.

Perlumbaan Klasik Malaysia digelar sebagai “Perlumbaan Juara-Juara” kerana mengetengahkan juara-juara kebangsaan dari negara anggota Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selain  pemenang LTdL bagi edisi-edisi sebelum ini.

Ia melibatkan enam zon pecutan dan enam zon pendakian.