Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Kejohanan badminton terbuka Taiwan 2019.

  • Published in Sukan

TAIWAN - Pasangan beregu profesional negara, Tan Wee Kiong - Goh V Shem muncul juara menumpaskan pasangan Korea Selatan, Choi Solyu - Seo Seung Jae dalam tiga set.

Ini merupakan kemenangan kedua pasangan ini menumbangkan pasangan Korea Selatan dalam tempoh seminggu.

Sebelum ini, Wee Kiong - V Shem menumpaskan pasangan Korea Selatan yang berada di ranking nombor satu dunia dalam saingan suku akhir.

Dalam perlawanan ini, Wee Kiong - V Shem bermula baik menang set pertama 21-19.

Namun, pasangan Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan satu sama, menang set kedua 21-15.

Walaupun menerima tentangan sengit pada set ketiga, dan tidak mahu mengaku kalah Wee Kiong - V Shem memperkemaskan permainan dan kawalan gelanggang untuk menang 23-21 bagi mengesahkan kejuaraan.