Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Newcastle Berjaya Kembali Ke Liga Perdana Inggeris

LONDON - Newcastle United berjaya kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan meyakinkan 4 - 1 ke atas Preston.

Christian Atsu meletakkan Magpies mendahului 2-1 pada separuh masa pertama selepas Jordan Hugill telah menyamakan kedudukan selepas gol pembuka Ayoze Perez bagi Newcastle.

Pada minit ke-65, Newcastle menambahkan lagi satu gol melalui sepakan penalti Matt Ritchie selepas pemain Preston Paul Gallagher dibuang padang kerana pengendalian bola. 

Perez mendapat gol kedua dari jarak dekat pada minit ke-67 dan kemenangan ini bermakna Newcastle akan kembali ke Liga Perdana Inggeris bersama pasukan Brighton pada musim depan.

(Sumber - AFP)