Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Pandelela Rinong tarik diri kejohanan Piala Asia

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL -  Penerjun negara Chew Yi Wei menang pingat perak manakala Ooi Tze Liang raih gangsa acara 3m papan anjal individu lelaki

Sementara itu ratu terjun negara, Pandelela Rinong terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter platform wanita Piala Asia tahun ini, kerana masalah komplikasi sakit belakangnya berulang.

Ini sekaligus bermakna, cabaran beliau dan pasangannya Leong Mun Yee di Bukit Jalil, berakhir lebih awal.

Pandelela dan Mun Yee yang turun menentang pasangan Korea Utara, Jo Jin Mi dan Kim Mi Re hanya sempat membuat dua terjunan sebelum pegawai kejohanan tidak membenarkan mereka melakukan terjunan ketiga.

Pandelela, pemenang emas acara 10 meter platform seirama wanita di Kejohanan Terjun Grand Prix FINA 2017 menjelaskan kesakitan sudah dirasai pada terjunan pertama dan bertambah sakit pada terjunan kedua.

Ini merupakan kecederaan lama yang dialami beliau selepas kejohanan Olimpik 2015.

Selepas kembali sembuh, Pandelela kembali beraksi pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Asia Jakarta 2018.

Beliau akan kembali mendapatkan rawatan di Institut Sukan Negara secepat mungkin, sebelum melakukan persediaan ke Sukan Sea Manila, November ini.