Logo

Pertahanan udara Syria pintas peluru berpandu Israel

DAMSYIK, 14 Feb - Pertahanan Udara Syria memintas peluru berpandu Israel dari arah Bukit Golan sebelum ia mengenai sasaran di Damsyik.

Demikian menurut tentera Syria menerusi satu kenyataan.

Awal bulan ini, Damsyik menuduh Israel menyerang sasaran ketenteraan di selatan Syria termasuk berhampiran ibu negara.

Israel yang menganggap Iran sebagai ancaman terbesar, berulangkali menyerang sasaran Iran di Syria dan pihak yang bersekutu dengan militia, termasuk pergerakan Hezbollah dari Lubnan.

Pengaruh Iran yang semakin meningkat di Syria, termasuk tawaran perjanjian ekonomi dan perdagangan, meningkatkan kebimbangan Israel dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan prospek konfrontasi ketenteraan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.