Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Piala FA Inggeris - Arsenal Atasi Man. City 2 - 1 Untuk Bertemu Chelsea Dalam Final Pada Mei 27

LONDON - Arsenal mengatasi Manchester City 2 - 1 selepas perlawanan mencecar masa tambahan dalam aksi separuh akhir di Wembley dan akan bertemu pasukan Chelsea dalam peringkat final pada 27 Mei.

Manchester City mendahului pada minit ke-62 selepas Sergio Aguero berjaya meledak gol tetapi Nacho Monreal menyamakan kedudukan pada minit ke-71 dengan gol yang melalui hantaran Alex Oxlade-Chamberlain.

Dalam masa tambahan, penyerang Arsenal, Alexis Sanchez menjaring gol kemenangan pada minit ke-101.

(Sumber - AFP)