Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Piala FA Inggeris - Chelsea Belasah Tottenham 4 - 2 Untuk Mara Ke Final

LONDON - Pasukan Chelsea mara ke peringkat akhir Piala FA Inggeris selepas belasah Tottenham Hotspurs 4 - 2 dalam perlawanan separuh akhir semalam di Wembley.

Willian membuka tirai jaringan bagi pasukan Chelsea pada minit ke-5 tetapi Kane menyamakan kedudukan untuk Tottenham pada minit ke-18.

Pada minit ke-43, Chelsea mendapatkan sepakan penalti selepas Son Heung-min dihukum kerana mengasari Victor Moses dan Willian sekali lagi berjaya menjaringkan gol penalti itu.

Delle Alli menyamakan kedudukan untuk tottenham apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-52.

Chelsea memasukan dua pengganti, iaitu Eden Hazard dan Costa, dan Eden Hazard membuat sumbangan yang penting pada minit ke-76  dengan rembatan yang tepat untuk Chelsea mendahului Tottenham 3 - 2.

Nemanja Matic menambahkan satu gol untuk pasukan Chelsea pada minit ke-80 dengan gol menarik yang kena tiang gol sebelum masuk ke jaring.

Pasukan Chelsea akan berhadapan antara Manchester City atau Arsenal yang akan bertemu malam ini di peringkat final.

(Sumber - AFP)