Wednesday, September 18, 2019
updated 2:07 PM UTC, Sep 18, 2019

Menang atas Indonesia kuatkan semangat pemain

  • Published in Sukan

SEPANG - Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan amat selesa bersama rakan sepasukan dan berharap semangat kekeluargaan yang dipupuk dikekalkan kerana ia merupakan sebahagian faktor semangat juang yang menghadirkan tiga mata di Jakarta.

Semangat ini perlu terus dibawa menjelang pertemuan kedua kumpulan G dengan Emeriyah Arab Bersatu , UAE 10 September ini.

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan yang pernah mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) semasa bertemu Indonesia tiga tahun lalu menganggap kejayaan semalam kembali menaikkan semangatnya untuk menaikkan prestasi Malaysia di pentas antarabangsa.

Brendan yang juga merupakan pemain Perak mengalami kecederaan ACL kali pertama semasa mewakili Kelantan pada 2015.

Dan beliau berharap skuad negara mampu mempertingkatkan prestasi ketika bertemu Emeriyah Arab Bersatu , UAE 10 September depan.