Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Kejohanan Terjun Dunia Windsor - Pandelela Rinong Dan Nur Dhabitah Sabri Raih Pingat Perak

WINDSOR, Kanada  - Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri mengakhiri kempen di Siri Kejohanan Terjun Dunia Windsor, Kanada dengan memenangi satu pingat Perak dalam acara platform 10 meter.

Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri bangkit dari tempat kelima selepas tiga terjunan mengumpul 298.80 mata  bagi menduduki tempat kedua.

Pasangan penerjun dari China, Si Yajie dan Ren Qian menduduki tempat pertama dengan 336.66 mata.

(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)