Wednesday, 12 August 2020

updated 7:18 AM UTC, Aug 12, 2020

Hakim Ziyech bakal beraksi bersama Chelsea

  • Published in Sukan

LONDON, 13 Feb - Secara prinsipalnya, Chelsea bakal diperkuatkan dengan bintang Ajax Amsterdam dari Maghribi, Hakim Ziyech.

Media british, melaporkan yuran perpindahan mencecah 38 juta pound atau USD49.29 juta.

Chelsea yang baru mendapat kebenaran untuk melakukan pembelian selepas dikenakan larangan selama setahun, kini mengejar Ziyech.

Prestasi memberangsangkan Ziyech selepas membantu Ajax Amsterdam menjulang dua piala musim lalu, selain menjaringkan lapan gol dengan 18 assists dalam Liga Juara Eropah menjadikannya pemain ini buruan utama The Blues.

Ini merupakan pilihan Frank Lampard untuk mengisi kekosongan pemain sayap yang bakal ditinggalkan Pedro dan Willian apabila kontrak mereka dijangka tamat hujung musim ini.