Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

MSN, MOM Belajar Kesilapan Di Sukan Komanwel

  • Published in Sukan
Foto: Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (M-S-N) dan Majlis Olimpik Malaysia (M-O-M) akan mengambil pendekatan konservatif dalam pemilihan atlet ke Sukan Asia 2018, setelah belajar daripada kesilapan dan kegagalan pada Sukan Komanwel 2018.

Ketua Pengarah M-S-N, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, secara dasarnya, M-S-N mencadangkan kepada M-O-M untuk meningkatkan ranking had kelayakan atlet ke Sukan Asia kepada hanya kedudukan empat teratas di Asia berbanding enam teratas, sebelum ini.

Sementara itu, Presiden M-O-M, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria menegaskan, perancangan jumlah kontinjen negara ke Sukan Asia, perlu realistik. Kontinjen yang diketengahkan perlu lebih berasaskan kepada kualiti berbanding kuantiti.


((BERNAMA))