Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA 2018

  • Published in Sukan

WUHAN - Sukan. Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA 2018 di Wuhan, China.

Gandingan penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman dan Pandelela Rinong terlepas pingat gangsa acara 3 meter dan 10meter berpasukan campuran.

Selepas 6 terjunam, pasangan negara itu mengumpul 373.60 mata  kurang 1.05 mata daripada pemenang pingat gangsa, David Dinsmore-Krysta Palmer dari Amerika Syarikat.

Pada hari ke 2 hari ini, Pandelela sekali lagi akan turun beraksi dalam acara 10 meter platform individu wanita.

Manakala Ahmad Amsyar akan bergandingan dengan Ooi Tze Liang bagi acara 3-meter papan anjal seirama lelaki.

((BERNAMA))