Wednesday, 12 August 2020

updated 8:46 AM UTC, Aug 12, 2020

LTdL 2020: Harrif Saleh menang peringkat ke-7

  • Published in Sukan

ALOR SETAR, 13 Feb - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh sekali lagi menang perlumbaan peringkat ketujuh.

Kejayaan kedua itu dilakarnya dalam perlumbaan berjarak 130.4 kilometer dari Bagan ke Alor Setar.

Harrif Saleh dan 115 pelumba lain memulakan kayuhan dari Dewan Datuk Hj Ahmad Badawi dalam keadaan hujan di sepanjang laluan.

Lima termasuk pelumba kebangsaan, Danieal Haikal berjaya meloloskan diri daripada kelompok.

Beliau mencuri mata di zon pecutan Sungai Petani dan Gurun, memperbaiki kedudukan dalam keseluruhan pelumba.

Laluan kering selepas zon pecutan kedua meningkatkan tempoh kayuhan 'peloton' dan berjaya menangkap kumpulan pendahulu di kilometer terakhir.

Dalam aksi beramai-ramai menuju ke garisan penamat, henjutan bertenaga Harrif berjaya menewaskan pelumba Bardiani CSF Faizane, Matteo Pelucchi dan Taj Jones dari Ara Pro Racing Sunshine Coast.

Beliau menamatkan kayuhan dalam tempoh masa 2 jam 53 minit 18 saat.

Ia merupakan kemenangan keduanya selepas menguasai peringkat 5 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh.

Kejayaan ini menjadikan Harrif pelumba Asia pertama berjaya berbuat demikian sepanjang 25 tahun penganjuran LTDL.