Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

Woods Selamat Jalani Pembedahan Belakang Badan

LOS ANGELES - Bekas pemain Golf nombor Satu Dunia, Tiger Woods memberitahu beliau sudah menjalani pembedahan belakang badan yang keempat untuk mengurangkan rasa sakit.

Woods, yang tidak beraksi sejak menarik diri daripada Dubai Desert Classic pada 3 Februari lalu kerana kekejangan belakang badan.

Menurut Woods, tempoh pemulihan mengambil masa kira-kira enam bulan selepas pembedahan terbaru. 

Ini bermakna Woods akan terlepas peluang beraksi pada Kejohanan PGA musim ini dan perlawanan Piala Presiden. 

((AFP))