Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

Keputusan Tenis Monte Carlo Masters

 

MIAMI - Pemain tenis nombor satu dunia, Andy Murray tersingkir di pusingan ketiga. 

Jaguh Britain itu dikejutkan dengan kekalahan 6-2, 2-6, 5-7 kepada pilihan ke-15, Albert Ramos Vinolas dari Sepanyol. 

Turut tersingkir, bekas juara Terbuka Perancis, Stan Wawrinka dari Switzerland. 

Pilihan ketiga kejohanan itu Tumpas 4-6, 4-6 kepada pilihan ke-16, Pablo Cuevas dari Uruguay. 

Sementara itu, pilihan kedua, Novak Djokovic dari Serbia dan pilihan keempat, Rafael Nadal dari Sepanyol mara ke suku akhir.

Djokovic menewaskan pilihan ke-13, Pablo Carreqo-Busta dari Sepanyol, 6-2, 4-6, 6-4 .

Manakala Nadal mengetepikan pilihan ke-14, Alexander Zverev dari Jerman, 6-1, 6-1.

Turut mara, pilihan kelima, Marin Cilic dari Croatia.

Beliau menundukkan pilihan ke-9, Tomas Berdych dari Republik Czech, 6-2, 7-6. 

((AFP))