Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Tenis. Terbuka Perancis

  • Published in Sukan
Foto: BERNAMA

Tenis. Terbuka Perancis. Juara 2016, Novak Djokovic menundukkan Fernando Verdasco 6-3, 6-4, 6-2 untuk menempah tempat di pusingan suku akhir.

Bintang Serbia itu seterusnya bakal bertemu pemain bukan pilihan dari Itali Marco Cecchinato yang menyingkirkan pilihan kelapan David Goffin dari Belanda

Sementara itu, pilihan kedua Alexander Zverev diheret dalam pertarungan lima set oleh pemain Rusia Karen Khachanov sebelum mara ke saingan suku akhir buat kali pertama kejohanan Grand Slam.

Bintang Jerman itu menang 4-6, 7-6 , 2-6, 6-3, 6-3 .

Dia bakal berdepan pemain Austria Dominic Thiem yang mencapai peringkat suku akhir buat kali ketiga berturut-turut di Paris setelah mengalahkan jaguh Jepun Kei Nishikori 6-2, 6-0, 5-7, 6-4.

((AFP))