Monday, 28 September 2020

updated 4:59 AM UTC, Sep 28, 2020

F1: Mercedes umum perjanjian tajaan lima tahun Petrokimia British

  • Published in Sukan

LONDON, 12 Feb - Juara Formula 1 (F1) sejak 2010, Mercedes umum perjanjian tajaan selama lima tahun dengan syarikat minyak gergasi, Petrokimia British.

Ia bagi meneruskan penguasaan mereka dalam musim perlumbaan akan datang.

Jelas Bos Mercedes F1, Toto Wolff pasukannya telah memenangi enam kejuaraan pemandu dan pengeluar dan akan terus mengejar kemenangan pada musim ini.

F1 memasuki era baharu pada tahun 2021 dan pasukan Mercedes masih belum menandatangani perjanjian baharu dengan pemegang hak komersial Liberty Media pada tahun ini.

Tambah beliau, perkongsian dengan Ineos tidak menjejaskan Pertonas yang merupakan penaja utama Mercedes.

Mercedes sudah mempunyai 'perkongsian prestasi' dengan syarikat itu, bekerja dengan pasukan berbasikal Pasukan Ineos dan pelumba Olimpik, Ben Ainslie, Ineos Team UK dalam cabaran untuk Piala Amerika pada 2021.