Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

'Ganjaran Bukan Matlamat Utama Saya' - Azizulhasni Awang

KUALA TERENGGANU - Juara dunia lumba basikal acara keirin, Mohd Azizulhasni Awang tidak mengejar ganjaran selepas dinobatkan sebagai juara dunia acara itu sebaliknya berharap kejayaannya itu menjadi motivasi kepada atlet lain agar mencapai kejayaan serupa.

Azizulhasni atau nama jolokannya ''The Pocket Rocketman'' berkata kejayaan yang dikecapi kini selepas menunggu selama 10 tahun adalah semata-mata untuk pencapaian peribadi di samping menaikkan nama negara dan juga negeri kelahirannya, Terengganu di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Terengganu memberi ganjaran RM200,000 atas kejayaan Azizulhasni iaitu melibatkan  wang tunai RM100,000, manakala RM100,000 lagi adalah bagi membiayai latihan Azizulhasni di dalam atau luar negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan kejayaannya yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta barisan kepimpinan negeri dan kira-kira 2,000 rakyat negeri ini di Wisma Darul Iman, di sini.

((BERNAMA))