Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

SHAPAK: Pasukan hoki ais wanita pertama Kyrgyzstan

  • Published in Sukan

OTRADNOE, 11 Feb - Sekumpulan remaja perempuan dari kawasan pedalaman Kyrgyzstan mencipta sejarah apabila membentuk pasukan hoki ais wanita pertama negara itu.

Berdepan keadaan serba kekurangan, pasukan terbabit menjadikan sebidang tanah ladang sebagai lokasi latihan.

Menurut jurulatih; Salamat Abdyrakhmanov pasukan itu dikenali sebagai Shapak.

Ia dianggotai 15 pelajar sekolah yang mula menjalani latihan sejak tiga tahun lalu di ladang miliknya.

Pasukan berasal dari daerah Otradnoe yang terletak kira-kira 400 kilometer dari ibu negaranya, Bishkek tidak memiliki dana khas.

Kelengkapan peralatan sukan tidak mencukupi memaksa mereka berlatih dengan apa-apa sahaja yang dimiliki.

Usaha mengasah bakat juga mengalami kesukaran kerana tiada pasukan lawan yang semuanya disertai pemain lelaki selesa berlawan dengan mereka.

Ia bagaimanapun tidak mematahkan semangat mereka dan kini Shapak menjadi ahli tetap dalam perlawanan liga tempatan.