Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Negeri Sembilan Bakal Dibarisi Oleh Pemain Muda

Negeri Sembilan - Menjelang saingan Liga Perdana, Negeri Sembilan bakal dibarisi oleh pemain muda tidak melebihi 25 tahun. 

Manakala pemain lama akan menggalas tugas sebagai pembimbing berdasarkan pengalaman mereka. 

Selain itu pemain import dibawa masuk dari negara yang sama dengan Ketua Jurulatih Gary Micheal Philips dari Australia bagi memudahkan komunikasi. 

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan PBNS Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, strategi itu penting bagi mengelak pemain bermain secara individu tanpa sebarang komunikasi. 

Jelasnya jika tiada keserasian yang baik diantara pemain dan jurulatih  boleh mengakibatkan kekalahan. 

Dengan sasaran melonjak ke Liga Super musim depan, skuad Hoben Jang Hoben menawarkan dua jenis insentif kepada pemain dan pemain simpanan andai berjaya memenangi lima perlawanan berturut-turut serta menjulang sekurang-kurangnya satu trofi musim ini. 

Bagi memantapkan pasukan seorang Jurulatih Kecergasan disediakan,  Jones Mark Sean yang merupakan salah seorang daripada 12 instruktor kecergasan FIFA. 

Dato Seri Mohamad ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pemain skuad Negeri Sembilan di Seremban dengan Matrix Concepts Holdings Berhad terus menjadi penaja utama. 

Negeri Roadstone dan Hospital Salam turut menaja kelengkapan sukan manakala jersi oleh Mizuno.