Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Kejohanan Tenis Terbuka Perancis 2018

  • Published in Sukan
Foto - EPA

PARIS - Pilihan kedua perseorangan lelaki, Alexander Zverev dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pilihan ke-26, Damir Dzumhur 6-2, 3-6, 4-6, 7-6, 7-5 untuk mara ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Perancis 2018.

Turut ke pusingan keempat, bekas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

Djokovic yang diletak selaku pilihan ke-20 kejohanan, menundukkan pilihan ke-13, Roberto Bautista 6-4, 6-7, 7-6, 6-2.

Sementara itu, pilihan keempat, Grigor Dimitrov terkandas di pusingan ketiga. Dia tewas kepada pilihan ke-20, Fernando Verdasco 6-7, 2-6, 4-6.

((AFP))