Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Essien,Cole Dilarang Beraksi Tanpa Permit

BANDUNG - Pihak berkuasa Indonesia melarang bekas bintang Chelsea, Michael Essien and Carlton Cole daripada beraksi dalam liga bola sepak negara itu sehingga memperoleh permit kerja.  

Ia selepas kelabnya, Persib Bandung tidak melengkapkan dokumen yang diperlukan bagi membolehkan pemain berkenaan mendapat permit.

Setiausaha Agung Persatuan bola sepak Indonesia, Joko Driyono berkata, pihaknya bersedia membantu Persib Bandung mendapatkan dokumen bagi membolehkan Essien dan Cole beraksi buat kali pertama, Sabtu ini. 

((AFP))