Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Nor Hakim Idam Hasilkan Lebih Banyak Gol The Titans

KUALA TERENGGANU - Pemain sayap T-Team, Mohd Nor Hakim Hassan mahu menyumbang lebih banyak gol kepada pasukannya untuk terus cemerlang dalam saingan bola sepak Liga Super, sambil mengimpikan Anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak.

Nor Hakim setakat ini telah menjaringkan lima gol termasuk hatrik ketika bertemu Kedah, Sabtu lalu.

Katanya setiap kali turun beraksi, fokus utamanya adalah menggunakan setiap ruang yang ada dengan sebaiknya untuk menjaringkan gol sambil memastikan kemenangan untuk pasukannya.

Pada masa sama, Nor Hakim mengakui skuad bimbingan Rahmad Darmawan itu semakin menunjukkan persefahaman serta disiplin yang baik yang membolehkan mereka bermain dengan lebih baik.

Nor Hakim turut berharap persembahannya mampu memberi ruang untuknya terpilih mewakilin negara pada masa depan.

Sumber : BERNAMA