Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Terry Tinggalkan Chelsea Hujung Musim Ini

LONDON - Pemain paling digemari di Chelsea , John Terry akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan bersama Terry dengan kelab berkenaan. 

Terry memberitahu akan memutuskan masa depannya dalam masa sesuai.

Tetapi buat masa ini beliau komited untuk membantu kelab itu menjulang kejuaraan musim ini.

Sepanjang bersama the Blues, bekas pertahanan tengah England berusia 36 tahun itu telah membuat lebih 700 penampilan. 

(( AFP ))