Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Piala Dunia 2018: 27 Perlawanan Siaran Langsung Di RTM, 14 Tertunda

  • Published in Sukan
Foto - Bernama

PUTRAJAYA - Sebanyak 27 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sementara 14 perlawanan lagi merupakan siaran tertunda, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata butiran berkaitan penyiaran perlawanan bola sepak antarabangsa itu akan diumumkan Kementerian Kewangan esok.

"Kosnya akan dijelaskan oleh Kementerian Kewangan. Tetapi apa yang dapat saya katakan ketika ini bahawa angka yang dikatakan dalam perbincangan mesyuarat Kabinet sebelum ini ialah kira-kira RM40 juta tetapi sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya untuk menampung sebahagian daripadanya,” katanya dalam sidang media.

Gobind berkata beliau tidak terlibat dengan usaha mencari penaja namun perkara itu akan diusahakan secepat mungkin.

 

 

((BERNAMA))