Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Piala Dunia FIFA 2018 Disiar Secara Langsung Di RTM1

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA — Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan  secara langsung pertandingan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 secara percuma, demikian  diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Perdana  Putra di sini, Gobind berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Sebanyak 32 pasukan akan bertanding untuk menjadi juara Dunia dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia yang diadakan di Rusia mulai 14 Jun hingga 15 Julai.

((BERNAMA))