Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Wenger Mahu Arsenal Bangkit Dalam Baki Perlawanan Liga Perdana

MIDDLESBROUGH - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mencabar para pemainnya untuk memenangi setiap baki perlawanan musim Liga Perdana ini dalam usaha menghidupkan harapan yang makin samar iaitu berada dalam kelompok empat teratas.  

Wenger percaya kemenangan dalam baki tujuh perlawanan, satu-satunya cara untuk Arsenal memastikan tempat dalam Liga Juara musim depan. 

Awal hari ini, The Gunners menamatkan rentetan empat kali kekalahan di tempat lawan dengan kemenangan 2-1 ke atas Middlesbrough. 

((AFP))