Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Liga Perdana Inggeris - Arsenal 2 Middlesbrough

LONDON - Arsenal mengatasi Middlesbrough 2 - 1 dalam perlawanan semalam dan terus menghidupkan peluang mereka menduduki kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Pada minit ke-42, sepakan percuma Alexis Sanchez memberikan Arsenal mendahului 1 - 0  sebelum rehat.

Middlesbrough balas selepas rehat apabila Alvaro Negredo sepakan bola masuk gol pada minit ke-50.

Walau bagaimanapun, Mesut Ozil berjaya mendapat gol untuk Arsenal dengan rembatan yang tepat pada minit ke-71 memberi tiga mata untuk Arsenal dan menggerakkan Gunners menduduki tangga keenam.

(Sumber - AFP)