Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

Perlawanan Lyon-Bastia Dihentikan Gara-gara Tindakan Penyokong

BASTIA - Perlawanan saingan bola sepak Ligue 1 di antara Lyon dengan Bastia terpaksa dihentikan, gara-gara tindakan penyokong Bastia menyerang pemain pasukan pelawat sebanyak dua kali.  

Gangguan kali pertama yang berlaku sebelum perlawanan bermula, menyebabkan perlawanan ditunda lebih 50 minit.

Manakala gangguan kali kedua berlaku ketika perlawanan berhenti rehat selepas tamat aksi separuh masa pertama.     

((AFP))