Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Liga Perdana Inggeris - Tottenham 4 Bournemounth 0 Dan Manchester City 3 Southampton 0

LONDON - Tottenham berjaya terus menang tujuh kali berturut-turut buat kali pertama sejak tahun 1967 dan terus mengejar pendahulu Laga Perdana Inggeris, Chelsea dengan kemenangan 4 - 0 keatas Bournemouth.

Mousa Dembele menjaringkan gol pertama Spurs dari jarak dekat pada minit ke-16 dan Son Heung-min menggandakan jaringan dengan larian kencang dan rembatan kemas pada minit ke19.

Harry Kane, membuat penampilan pertama dalam sebulan, memastikan tiga mata dengan golpada minit ke-48 dan Vincent Janssen masukan gol keempat bagi Spurs pada waktu kecederaan sebelum tamat permainan.

Sementara pasukan Manchester City kalahkan Southampton 3 - 0, ketua pasukan, Vincent Kompany menanduk gol pertama pada minit ke-55, Leroy Sane tambah gol kedua selepas hantaran dari Kevin de Bruyne pada minit ke-77 dan Sergio Aguero dapatkan gol ketiga pada minit ke-80.

Manchester City kini di tangga ketiga dalam Liga Perdana Inggeris.

Berikut adalah keputusan perlawanan lain :-  Everton 3  Burnley  1,   Watford  1  Swansea  0,   Stoke City  3  Hull  1,   Sunderland  2  West Ham  2

Crystal Palace  2  Leicester  2.

 

(Sumber - AFP)