Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Bola Sepak Liga Super

  • Published in Sukan

Bola Sepak Liga Super.

Pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) terikat tanpa jaringan dengan pasukan PKNS FC pada perlawanan tunggal liga di Stadium Shah Alam.

Keputusan itu, bagaimanapun, tidak menjejaskan penguasaan JDT di persada liga.

Ia mengumpul 29 mata daripada 12 perlawanan, iaitu kelebihan enam mata daripada pencabar terdekat Perak di tangga kedua.

PKNS FC pula menghuni tangga keenam dengan 19 mata selepas 12 perlawanan.

((BERNAMA))