Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

F1 Bahrain Grand Prix - Sebastian Vettel Terpantas Dalam Sesi Latihan

Bahrian - , Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari kembali menjadi pesaing serius untuk Kejohanan F1 Dunia tahun ini dengan masa terpantas dalam kedua-dua sesi latihan pertama menjelang F1 Grand Prix Bahrain hujung minggu ini.

Juara dunia empat kali mengakui dia bernasib baik kerana dapat  pulih daripada masalah teknikal.

Katanya, ¨kerosakan yang ada pada kereta boleh diperbaiki¨.

"Pada zaman kini, kereta bukan sekadar kereta -  semuanya kini adalah teknologi dan perisian."

Vettel besama dengan Lewis Hamilton daripada Mercedes menjadi pendahulu selepas dua perlumbaan. Kedua-duanya mempunyai 43 mata selepas satu kemenangan masing-masing.