Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

MB Terengganu Bangga Kejayaan Azizulhasni Sebagai Juara Dunia Keirin

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang dinobatkan sebagai juara dunia bagi acara keirin di Hong Kong semalam.  

Katanya, kemenangan anak jati Dungun itu sekali gus merekodkan satu pencapaian yang tidak pernah diduga apabila Azizulhasni yang mendapat jolokan 'The Pocket Rocketman' menjadi atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia yang sudah pasti menjadi rebutan pelumba lain. 

Beliau berkata dalam satu kenyataan di sini.

((BERNAMA))