Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Liga Europa - Manchester Utd 1 Anderlecht 1 Dan Lyon 2 Besiktas 1

BRUSSELS - Pemain Anderlecht, Leander Dendoncker menjaringkan gol dalam lewat permainan untuk membantu Anderlecht seri 1 -1 semasa menentang Manchester United dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Europa.

Sebelum itu, Henrikh Mkhitaryan telah menjaringkan gol pendahulu untuk Manchester United pada minit ke-36.

Kelebihan akan berada di tangan Manchester United dalam perlawanan kedua yang akan diadakan di Old Trafford.

Sementara di Lyon, peminat kelab Turki, Besiktas bertempur dengan penyokong Lyon dan juga pasukan keselamatan yang menyebabkan kelewatan 45 minit untuk perlawanan yang ditetapkan.

Walaupun masalah pertempuran ini, Lyon bermain dengan semangat kental dan menjaringkan dua gol dalam lewat 10 minit sebelum permainan tamat untuk menang 2-1.

Keputusan perlawanan lain adalah:- Ajax 2 Schalke 0 dan Celta Vigo 3 KRC Genk 2.

(Sumber - AFP)