Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Jepun Tepati Ramalan Rangkul Juara Piala Uber

  • Published in Sukan
Foto - BERITA NASIONAL RTM

26 MEI: BANGKOK - Pilihan pertama Jepun menepati ramalan muncul juara edisi kali ini, menundukkan tuan rumah Thailand 3-0.

Berlangsung di Impact Arena, Bangkok . Stadium dipenuhi ribuan penyokong Thailand.

Aksi pertama mempertemukan pemain ke 2 dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi dengan pemain ranking ke 4, Rachanok Intanon.

Set pertama Akane menang 21-15.

Di Set kedua walaupun, Rachanok juara dunia 2013 mula menyusun rentak dan memberikan tentangan.

Akane tetap tenang mengawal permainan dan menamatkan permainan  21-19 untuk Jepun mendahului 1-0.

Jepun juara 5 kali terus selesa di depa apabila mata kedua hadir menerusi beregu nombor 2 dunia Yuki Fukushima / Sayaka Hirota menewaskan gandingan  Jongkolphan Kittitharakul /Puttita Supajirakul, 21-18 dan 21-12.

Momentum melakar kejutan menyingkirkan juara bertahan China 3-2 separuh akhir semalam sukar dipertahankan Thailand.

Mata kejuaraan Jepun dinoktahkan perseorangan kedua Nozomi Okuhara .

Nozomi tidak berdepan masalah mengalahkan  Nitcahaon Jindapol straight game 21-12,21-9.

Jepun juara keputusan 3-0.

Kemenangan itu juga berjaya menamatkan penantian  37 tahun negara  matahari terbit itu menjulang kejuaraan yang kali terakhir dikecapi 1981.

((RTM TV))