Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Malaysia Intai Sekadar Pingat Gangsa Pada Kejohanan Snuker Asia Ke-33

KUALA LUMPUR - Persekutuan Snuker Dan Biliard Malaysia(MSBF) mengintai sekadar pingat gangsa pada kejohanan snuker lelaki ACBS ke-33 di Doha, Qatar, dari 22 hingga 28 April.

Setiausaha Kehormat MSBF David Ong Sze Wey berkata pemain veteran Thor Chuan Leong adalah sandaran terbaik bagi meraih pingat pada kejohanan itu yang merupakan sebahagian daripada persiapan skuad kebangsaan bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos ini.

Sekembalinya dari Doha, Ong berkata, skuad kebangsaan akan menyambung latihan dan menyertai Kejohanan Snuker Kebangsaan 2017 yang dijangka diadakan pada minggu kedua Jun.

Ong berkata bagi temasya Sukan SEA 2017, MSBF berharap untuk mengulangi pencapaian memungut dua pingat emas semasa Sukan SEA Singapura 2015.

((BERNAMA))