Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Bola Sepak Liga Super: Paulo Rangel Sah Beraksi Malam Ini - KFA

  • Published in Sukan
BERITA NASIONAL RTM

26 MEI: KUALA LUMPUR - Menjelang perlawanan bola sepak Liga Super antara Kedah dan Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, malam ini.

Pasukan Lang Merah bakal menerima suntikan semangat apabila penyerang import baharunya, Paulo Rangel disahkan boleh beraksi pada perlawanan itu.

Persatuan Bolasepak Kedah, KFA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mendapat pengesahan daripada MFL dan bekas penyerang kelab Liga Thailand, Nakhonratchasima FC itu telah didaftarkan sebagai pemain Kedah.

Penyerang dari Brazil berusia 33 tahun itu akan mengetuai jentera serangan bagi memastikan skuad Hijau Kuning meraih tiga mata penuh sekaligus mengukuhkan kedudukan di Liga Super.

Paulo Rangel menggantikan penyerang dari Sepanyol, Pablo Pallares yang gagal mempamerkan sentuhan penyudah sejak awal musim.

Selepas 11 perlawanan, Kedah kini berada di kedudukan ke lima liga dengan 18 mata.

((RTM TV))