Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Bolasepak Unifi Liga Super.

  • Published in Sukan
Foto:Fb Persatuan Bolasepak Kedah

ALOR SETAR - Bolasepak Unifi Liga Super.

Kedah mendapat tonik terbaik menjelang perlawanan menentang Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, malam ini apabila penyerang import baharunya, Paulo Rangel disahkan boleh beraksi pada perlawanan itu.

Persatuan Bolasepak Kedah, KFA dalam 1 kenyataan berkata, pihaknya telah mendapat pengesahan daripada MFL dan bekas penyerang kelab Liga

Thailand, Nakhonratchasima FC itu telah didaftarkan sebagai pemain Kedah.

 Penyerang dari Brazil berusia 33 tahun itu akan mengetuai jentera serangan

pasukan Kedah bagi memastikan skuad Hijau Kuning meraih 3 mata penuh

sekaligus mengukuhkan kedudukan di Liga Super.

Pablo Rangel menggantikan penyerang dari Sepanyol, Pablo Pallares yang gagal mempamerkan sentuhan penyudah sejak awal musim.

Selepas 11 perlawanan, Kedah kini berada di kedudukan ke lima liga dengan 18 mata.

((RTM/KEDAH))